BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aliza Ali LIVE at TV1 News

Aliza Ali LIVE at TV1 News
Temubual Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Haji Abdul Manap Lakariba sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPKK Sabah 2011

06 October 2009

PTK & Temuduga Penerbit Rancangan Gred B27

Hari ini, AA menghadiri Ulangan PTK Umum. Soalannya nampak mudah tapi susah nak pastikan sama ada percubaan kali ini berjaya atau sebaliknya. Pun begitu, AA berpuas hati dengan jawapan yang AA berikan. Hari ini juga, AA menerima surat panggilan temuduga Penerbit Rancangan Gred B27 yang dinanti-nantikan selama ini... AA sudah lulus ujian bertulis dan amali tahun lalu tetapi keputusan tersebut disimpan untuk tempoh 2 tahun dan akan berakhir Ogos tahun depan. Alhamdulillah... Akhirnya penantian ini terjawab juga. Insya-Allah... AA akan menghadiri temuduga itu dan cuba menjawab soalan temuduga dengan tenang dan baik walaupun masih tidak pasti apakah soalan yang bakal ditanyakan nanti. Semoga perjuangan AA mendapat rahmat Allah s.w.t. dan restu suami, ibu bapa dan keluarga serta sokongan teman-teman seperjuangan. Amin.

0 comments: