BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aliza Ali LIVE at TV1 News

Aliza Ali LIVE at TV1 News
Temubual Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Haji Abdul Manap Lakariba sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPKK Sabah 2011

11 September 2009

Tidak ramai faham tugas pengamal media

Selama 3-tahun bertugas sebagai wartawan penyiaran, pengalaman kerja yang sempat diterokai tidaklah sebanyak mana. Pun begitu, pengalaman itu jugalah yang mengajar AA tentang erti kesabaran dalam mendapatkan kerjasama pihak penyalur maklumat. Tidak kiralah pihak kerajaan mahupun swasta atau orang perseorangan, masing-masing bermain 'passing puzzle' jika diminta membuat sebarang kenyataan yang amat diperlukan seorang wartawan. Sikap sebegini seolah-olah sudah menjadi budaya dalam organisasi. AA tidak menyebut organisasi mana, cukuplah membuat teguran secara umum dengan harapan ada pihak yang mengambil perhatian. Ingatlah, jika anda melenting "media gagal menyalurkan maklumat, tanyalah diri adakah kegagalan itu berpunca daripada anda sendiri?".