BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Aliza Ali LIVE at TV1 News

Aliza Ali LIVE at TV1 News
Temubual Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Haji Abdul Manap Lakariba sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPKK Sabah 2011

05 February 2010

AA jadi bahan eksperimen?

Betulkah? Kenapa? Tak percaya? Itu hakikatnya. Setiap kali AA muncul di TV, ada sahaja luahan tidak puas hati penonton terhadap penampilan AA. Secara peribadi, memang AA sakit hati dengan kritikan telus itu tapi AA akur... Semua itu demi kebaikan malah AA akui kebenaran kritikan itu. Mungkin AA tidak photogenic atau mungkin juga ada sebab lain. AA tidak pasti... Tidaklah AA mahu menyalahkan mana-mana pihak memandangkan kesemua mereka memang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing. Untuk pengetahuan semua, kritikan anda turut AA panjangkan kepada juru solek dan dandan di jabatan ini dan mereka sering melakukan penambahbaikan dalam teknik solekan dan dandanan mereka. Cuma, mungkin belum mendapat teknik yang sesuai untuk AA walaupun sudah hampir 2-tahun AA menyampai berita TV.

2 comments:

cikui_87 said...

Tidak puas hati terhadap penampilan AA? Rasanya perkara ini sudah menjadi asam garam setiap insan seni yang bermain dengan kamera dan sering keluar di kaca TV. Apa yang perlu di risaukan? Pada saya, penampilan AA semakin baik berbanding 2 tahun yang lepas dan AA memang mempunyai package yang lengkap untuk bergelar seorang penyampai berita. AA juga banyak peningkatan dari segi penyampaian berita dalam studio atau di lokasi luar studio. Apa lagi yang tidak puas hati? Saya berharap agar AA bersabar terhadap semua kritikan tersebut dan menganggap ia sebagai motivasi bagi meningkatkan lagi prestasi AA.

Aliza Ali said...

cikui_87, terima kasih atas komen yang diberikan. AA akui, penampilan AA semakin baik berbanding 2 tahun yang lepas tapi kadang-kala tren lama kembali semula. Hahaha... Memang lucu juga la kalau orang kata "You looked 10 years older!".