Pejam celik... Pejam celik... Masa terus berlalu... Kini, hampir ke penghujung Oktober.
Cabaran kehidupan sehari-hari kian getir dengan tugasan pejabat, ditambah pula semester pengajian (luar kampus) yang dibuka semula selepas bercuti 4 bulan. Ini tidak termasuk tanggungjawab di rumah terhadap suami dan anak-anak.
Adakalanya, diri terasa begitu lemah untuk meneruskan tugasan-tugasan tersebut, lebih-lebih lagi dengan keadaan fizikal yang semakin membesar dengan kandungan mencecah 29 minggu (lebih kurang 7 bulan 1 hari).
Namun, kehidupan perlu diteruskan, biarpun tidak seperti biasa. Apa yang penting, semua tugasan cuba diselesaikan dengan baik dan mengikut masa ditetapkan. Semuanya dilakukan agar tiada pihak yang terbeban.
Aliza Ali LIVE at TV1 News
Temubual Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Haji Abdul Manap Lakariba sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPKK Sabah 2011
25 October 2011
Kandunganku mencecah 29 minggu!
Posted by Aliza Ali at 4:26 PM 1 comments
Type : EXPERIENCES
20 July 2011
SELEPAS LEBIH 6 BULAN KU TINGGALKAN...
Kehadiran tahun 2011 menyaksikan pelbagai perkara baik yang berlaku terhadap diri dan keluargaku. Selain peralihan gred jawatanku, suamiku juga kini telah bertukar jawatan. Perubahan ketara khususnya dari segi bidang tugas ini telah menyebabkan aku semakin sibuk, apa lagi untuk mengemaskini blog.
Tanpa disedari, blog ini sudah ditinggalkan sepi selama lebih 6 bulan.
Dan dalam tempoh itu, banyak sebenarnya berita baik yang aku terima. Antaranya, pemilihan aku untuk mengadiri Forum Belia Asean mengenai Inovasi dan Kreativiti (AYFIC 2011) di Wilayah Persekutuan Labuan.
Sekembalinya dari Labuan, aku kembali sibuk dengan tugasan universiti dan persiapan menghadapi peperiksaan. Mujurlah, aku memiliki sekumpulan rakan-rakan yang sentiasa memahami... Mereka banyak membantu aku, sama ada dalam memberikan sokongan moral mahupun dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.
Peperiksaan akhir semester 6 dilalui dengan tenang... Bagaikan suatu majlis sambutan, tugaan terakhir bagi Kursus Komunikasi dan Strategi Pemasaran yang ditawarkan Pensyarah Dr Mokhtarrudin Haji Ahmad, iaitu Etiquette Dinner perlu disudahkan. Walaupun kekok melalui jamuan malam itu yang terlalu formal, aku menerima kejutan dengan dinobatkan sebagai Queen of The Nite. Suatu kenangan terindah sepanjang pengajianku.
Keesokan harinya, aku terlibat secara langsung dalam Malam Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu 2011 untuk membuat persembahan nyanyian secara berkumpulan bersama rakan-rakan media seperti Emran Azmie Rosle, Janriwine Lusin, Zuraidah, Fiza dan dengan lagu Di Mercu yang dipopularkan Ayu OIAM.
Tidak disangka, aku yang terlibat dalam membuat kejutan pada malam anugerah itu turut menerima kejutan apabila dinobatkan sebagai Wartawan Harapan yang menerima hadiah jam tangan berjenama Tissot, kamera digital Nikon dan sijil.
Selain itu, kumpulan aku yang terdiri daripada jurukamera Haji Jamir Marman dan Roslia Gondila, penyunting skrip Artika Matbee dan Ibrahim Haji Diman serta penyunting visual Ruslan Daud, Victor Jeprine dan Mat Muidin turut memenangi Anugerah Kewartawanan Penyiaran Alam Sekitar. Kami menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan sijil.
Sebaik sahaja selesai segala kemeriahan itu, aku terus sahaja menumpukan sepenuhnya perhatianku terhadap kandunganku yang ketika itu baru mencecah 6 minggu. 'Morning sicknes' yang aku lalui agak teruk, aku hanya mampu terbaring lemah di katil, di sofa selain terperuk dalam tandas ekoran rasa mual dan loya yang teramat sangat...
Kini, kandunganku sudah mencapai usia 15 minggu. 'Morning sickness' beransur pergi, walaupun masih bersisa. Adakalanya kepalaku pening dan aku tidak mampu berdiri. Namun aku gagahi jua demi menyudahkan tugasan pejabat yang tidak pernah ada penghujungnya.
Aku mula memikirkan tentang pengajianku di UMS. Jumaat lalu, aku ke pejabat PLUMS untuk mengambil keputusan. Syukur dan lega dengan keputusan yang diperoleh. Biarpun aku bukan pelajar terbaik, namun aku yakin keputusan itu bakal memuaskan para penaja pengajianku iaitu pihak Yayasan Sabah dan Yayasan Berjaya. Buktinya, mereka tersenyum puas ketika membelek transkrip keputusan itu. :)
Semua berita gembira yang berlaku sepanjang 6 bulan lalu akan menjadi pendorong untuk aku yang berbadan dua ini lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang. Semoga aku mendapat doa dan restu kalian. Terima kasih.
Posted by Aliza Ali at 10:18 AM 0 comments
Type : EXPERIENCES
07 June 2010
Mei 2010 berakhir dengan Lintas Langsung Kaamatan
Posted by Aliza Ali at 5:01 PM 0 comments
Type : EXPERIENCES
19 February 2010
Berita Nasional (Sabah) 0700hrs 19 Februari 2010 terpaksa dibatalkan?
Hari ni, AA ke pejabat lebih awal daripada biasa iaitu pukul 5.18-subuh. AA dijadualkan untuk menyampai berita Sabah dalam Berita Nasional 7 pagi. AA ke studio seawal 5.30-subuh untuk bersiap. Malangnya, atas sebab teknikal di studio, kami tidak dapat bersiaran...
Posted by Aliza Ali at 8:46 AM 0 comments
Type : EXPERIENCES
17 February 2010
LINTAS LANGSUNG AD HOC
Kelmarin, AA ditugaskan untuk membuat laporan langsung dari Dewan KDCA, Penampang untuk Berita Semasa 12 tengahari sempena Majlis One Malaysia Gong Xi Fa Cai. Walaupun maklumat mengenai majlis itu agak terhad, AA dan seluruh kru penerbitan yang dipimpin Penerbit, Narry Lako berjaya melakukannya. Lintas langsung pertama diisi dengan temubual bersama Pengarah Urusan XPL Global Sdn Bhd, En. J.S.Ling selaku penganjur majlis. Selesai sahaja lintas langsung itu, Puan Jumaahtun dari Angkasapuri pula meminta kami untuk berlintas langsung sekali lagi pukul 1 tengahari. Sekali lagi, kami agak ketandusan maklumat mengenai majlis itu. Lintas langsung kedua, kami menebual 2 orang Pengurus Pemasaran Eksekutif XPL Global Sdn Bhd, Ling Ming Pian dan Goh Lay Keng. Kira-kira 4-minit sebelum LIVE, barulah kami diberitahu yang majlis itu bukan anjuran XPL Global Sdn Bhd (walaupun dalam banner di pentas utama tertulis dengan jelas Organized by : XPL Global Sdn Bhd)! Majlis itu rupanya anjuran Lambai Limbai RTM Sabah yang akan bersiaran langsung 2.05 petang itu. Semuanya berlaku dengan pantas dan penuh ad hoc tapi sekurang-kurangnya kami sudah melakukan yang terbaik.
Posted by Aliza Ali at 8:06 AM 2 comments
Type : EXPERIENCES
11 February 2010
AA Sendiri Lagi...
Alaaa... Bukan tak biasa keluar buat liputan sorang-sorang cuma sunyi dan rasa macam tak lengkap. Dah la sampai awal (orang pertama di lokasi), sorang-sorang pula tu. Ketidakbiasaan itu menjadikan AA kurang ceria di lokasi liputan tadi tapi tidaklah sampai membataskan pergaulan dengan rakan2 media lain serta pihak penganjur. Ntah la, mungkin dah biasa kerja secara berpasukan, jadi bila sendiri, rasa x best LANGSUNG! Walaupun adakalanya kurang senang dengan karenah rakan sepasukan tapi ketiadaan tetap dirasai. Lebih2 lagi bila dapat tahu juru kamera Mohammad Haji Ali (MA) akan bertukar unit atas faktor kesihatan, Mac ni. Maklumlah, MA selalu juga keluar buat liputan dengan AA, selalu juga bercerita itu dan ini... Macam mana la kalau MA tidak lagi keluar bersama kami untuk buat liputan lagi? Sedikit sebanyak, memang terasa juga. :( Tapi, kalau itu yang terbaik untuk MA, kami doakan saja supaya lebih sihat dan ceria nanti. Eh... Cerita MA pula ni. Hehehe... OK la, sekejap lagi AA tidak akan sendirian. AA akan keluar dengan kawan-kawan BES yang dijemput hadir ke Jamuan Tengahari Media bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin. Chow...
Posted by Aliza Ali at 11:31 AM 2 comments
Type : EXPERIENCES
09 October 2009
Challenges as a wife, mother, daughther, staff and student
Sometimes, i just can't stand longer to face all these challenges... But, since I am a strong motivated woman, I manage to overcome all kind of pressure in my life by persuading myself that "This is the only way to success, and it's all for you and your family good sake".
I was married to my husband, Ariff since December 24th, 2004. One and a half year later, which on the 14th May 2006, I delivered my eldest son, AMN Putra Ag Arif and less than a year, I delivered my second son, AMN Indra Ag Arif who is now 2 and a half years old. Since then, my life has changed, time is limited.
It's not because I failed to manage my time but it's the commitment which I've choosen to be with. I accept the offer to be a Grade B17 Program Producer in RTM Kota Kinabalu on July 3rd, 2006. Just a month after I delivered Putra.
Although job by job offered to me in this career, I still manage to give my best effort without negleting my beloved husband and adorable kids.
Challenges even stronger when I made a decision to take an off-campus learning program in Universiti Malaysia Sabah (UMS). It started on July 2008 when I took a 4-years learning program to get Degree in Communication. Time even limited when my Saturday and Sunday schedule is now switch to the campus life.
It's somehow a very tiring life, but as I believe, "This is the only way to success, and it's all for you and your family good sake".
Posted by Aliza Ali at 9:15 AM 0 comments
Type : EXPERIENCES
06 April 2009
BUSY LIFE
It had been quite a long time I didn't update this blog... Actually, I'm busy with my working life.
Posted by Aliza Ali at 12:08 AM 0 comments
Type : EXPERIENCES
16 March 2009
To Be An Emcee?
Wow! Life is full of challenges! This is not the first time I was asked "Do you want to be an emcee?". First was when my husband told me about Tina Rahim (one of the entertainment program producer, she's also my friend) and latest was asked by Nurkisa Madkassim (senior Sandakan FM DJ cum part time emcee in Sandakan). Honestly, "I do". I used to be Multi-Level Marketing (MLM) Company, Elken Sdn Bhd emcee in the year of 2003. But that was just for fun. Now, if I really want to upgrade myself, I think there's no harm for me to try. I'm looking for a producer who believe in me. That's all.
Posted by Aliza Ali at 3:30 PM 0 comments
Type : EXPERIENCES
15 March 2009
Voice Over for TV Programme
Huhhh... Never thought Voice Over for TV Program is hard but urghhh... It need more effort to make it alive! You might be thinking voice over is just reading the program's script but it's more than that! I was offered by Wani (one of our department TV Unit Assistant Producer) to voice over five (5) of her TV Selamat Pagi Malaysia (SPM) Programme on March 4th, which was last week. I was happy to get the oppurtunity but at the same time, I'm afraid. Why? Cuz I want to give my best through my first try but i don't really know how. I somehow took the challenge and Victor (our visual editor) told me, "Your intonation still sounds like news reading". That is what I fear of! But I improve my intonation from the first script till the last. And to my surprise, Wani was satisfied with my perfomance. She also promised that I'll have second chance. You must want to know how I did it. ~~~I feel the script~~~ For my next TV Program Voice Over, I promise better quality for the audience. Thanks to Wani and Victor.
Posted by Aliza Ali at 10:43 PM 1 comments
Type : EXPERIENCES
14 March 2009
Spot Reporting
I can't recall when was my first spot reporting (i mean recorded version) but shall I say it is a routine in my career as a broadcasting journalist. Spot reporting is doing report on-the-spot from the event venue. Normally it is all about conclusion of event or our personal opinion which can lead more improvements. I still remember when i did a spot reporting from election campaign in Sepanggar for Datuk Hajah Jainab DSP Ahmad Ayid, ADUN Karambunai. It was a live recorded version but still, i felt nervous but I done it well. :) So, AGAIN, for me all we need is CONFIDENCE.
Posted by Aliza Ali at 8:53 AM 0 comments
Type : EXPERIENCES
13 March 2009
Live Telecast 18 Oct 2008
This is all about the 51st Malaysia Day Celebration which is held at Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah on the 18th October, last year. I was chosen as the TV Presenter for this event, together with Suhaimi Mohammad, the TV1 Selamat Pagi Malaysia programme presenter. Well... The live telecast started from 8.30pm to 10.30pm (2 hours) and that was my first experience to be on TV for that long! Goshhh... Frankly speaking, Suhaimi is more dominant than me! - That's what the producer told me. What a shame! But, I would like to thank her (Kak Zie- the producer) for telling me the truth. Cuz that will improve my skills. "Terima kasih Kak Zie". And not forgetting Norazlan and Aris Arapa (also the producers) and Suhaimi for giving me the chance. At least i learnt something precious in this production and broadcasting world. I'm looking forward for the next live programme telecast.
Posted by Aliza Ali at 8:50 AM 1 comments
Type : EXPERIENCES
12 March 2009
Being a Newscaster
I never thought that i'll become a newscaster one day but now, here I am. I know I can make it, but never thought that it came so fast in my life... To that, i should give my special thanks to my seniors; Haji Salim Ibrahim, Haji Othman Abd Hamid and Zainuddin Jamlu who opened up the opportunities for me to walk the path as a newscaster. Thanks so muuuccchhh!!! They're the people who really fight for me when some people think that i'm still too new for it. But, I did my best in 1st newscasting and always try my best till now. Personally, I think ALL we need is CONFIDENCE.
Posted by Aliza Ali at 8:56 AM 1 comments
Type : EXPERIENCES
11 March 2009
Sharing Experiences
I believe there are always rooms for improvement. As a new broadcast journalist, i always seek for new communication skills from time to time. In the same time, i'm ever ready to share my small pieces of experiences to you. I still remember the first time i went on air through the television for the 10-minutes live telecast on Maulidurrasul Celebration 1429H. It was 20 March 2008, if i'm not mistaken. My programme producer is Dorris (now retired) and Kanin Paiman. Since that was my first time being exposed through the TV, Dorris thought me a lot about personality. She told me about hair-style, make-up, clothing and characteristics... And, here i am now with a few changes, NOT ALL. FYI, my 'new' personality really help to build up my skills and career from time to time... Special thanks to Dorris.
Posted by Aliza Ali at 12:33 PM 0 comments
Type : EXPERIENCES






